Pengundi dihalang mengundi semasa PRN Johor dibenar cabar SPR

June 22, 2022 · Isu semasa

Seorang pengundi berdaftar Parlimen Iskandar Puteri memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulakan tindakan undang-undang berhubung tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalangnya daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman dikemukakan R.K Tamileswaaran, 26, selaku pemohon terhadap SPR dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua, lapor Bernama.

Beliau berkata permohonan itu mempunyai merit untuk didengar dan menetapkan 6 Julai untuk pengurusan kes.

Prosiding hari ini dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Al-Saifi Hashim dan Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamad serta Peguam Persekutuan Nor Aqilah Abdul Halim dari AGC manakala Tamileswaaran diwakili peguam New Sin Yew dan Beatrice Chin Yuen Xin.

Menerusi permohonan difailkan pada 8 Jun lepas, lelaki itu memohon perintah mahkamah supaya membatalkan keputusan atau tindakan SPR yang menghalangnya daripada mengundi pada 12 Mac lepas atas alasan beliau masih dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 pada 7 Mac.

Pemohon juga memohon deklarasi SPR bertindak secara salah dari sisi undang-undang dalam menafikan haknya untuk mengundi selain memohon deklarasi bahawa SPR mencabuli hak perlembagaan pemohon di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Tamileswaaran, beliau diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 dan pada hari pengundian, beliau memasuki hari keenam kuarantin.

Dakwa pemohon, pada hari pengundian, jam 11.58 pagi beliau menjalani suatu ujian saringan kendiri Covid-19 di rumah dan keputusan daripada ujian saringan itu menunjukkan bahawa beliau negatif Covid-19.

Beliau berkata pada 10.30 pagi, ibu bapanya pergi ke pusat mengundi terlebih dahulu untuk mengundi dan mereka telah mendapatkan penjelasan daripada pegawai SPR yang bertugas mengenai situasi pemohon dan bertanya sama ada pemohon dibenarkan untuk datang mengundi atau tidak.

Dakwa pemohon, pada masa itu pegawai SPR yang bertugas memberitahu ibu bapanya bahawa pemohon boleh datang mengundi kerana terdapat sebuah khemah mengundi khas yang disediakan untuk individu seperti pemohon.

Menurut pemohon, setibanya di pusat mengundi pada 12.55 tengah hari, pegawai RELA dan anggota polis yang mengawal laluan masuk telah memeriksa MySejahtera pemohon yang menunjukkan risiko ‘Tinggi’ dan mengarahkan pemohon untuk pergi ke khemah mengundi khas yang ditempatkan di pusat mengundi itu.

Bagaimanapun, pemohon mendakwa beliau terkejut apabila pegawai SPR memaklumkan mereka menerima arahan baharu daripada SPR iaitu individu sedang dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan untuk mengundi dan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok