8,000 kes HFMD dikesan di Perak

June 9, 2022 · Isu semasa

Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata daripada jumlah tersebut, 144 kes melibatkan remaja berumur melebihi 12 tahun ke atas, lapor Bernama.

Beliau berkata 787 kes atau 10.5 peratus kes wabak tersebut melibatkan pelajar sekolah rendah dalam kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun, dan kes tertinggi dicatatkan melibatkan kumpulan di bawah umur tujuh tahun dengan 6,544 kes.

Katanya 222 kes dilaporkan sepanjang minggu epidemiologi 22 setakat Isnin lepas, yang membawa kepada penutupan 188 taman asuhan kanak-kanak berikutan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau secara sukarela selaras dengan Akta 342 Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Daerah Manjung mencatatkan penutupan tadika tertinggi iaitu 67 tadika atau 35.2 peratus diikuti daerah Kinta sebanyak 53 tadika atau 28.2 peratus. Pihak PKD sentiasa melakukan pemeriksaan ke semua premis dan setakat ini sudah melebihi 6,000 premis diperiksa,” katanya selepas merasmikan Bengkel Perbincangan Draf Pelan Lembangan Sungai Kinta Berasaskan Komuniti-Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (CBKRB-IRBM) hari ini.

Menurutnya, pemilik premis perlu cakna terhadap kebersihan persekitaran dan tidak menerima sebarang kemasukan anak-anak jagaan yang mempunyai gejala HFMD, bagi mengelakkan penularan kepada kanak-kanak lain.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok