Subsidi mungkin cecah RM71 bilion, inflasi terkawal: Tengku Zafrul

May 26, 2022 · Isu semasa

Malaysia dijangka perlu menampung jumlah subsidi lebih tinggi bagi 2022 yang mencecah RM71 bilion dengan subsidi bahan api sahaja berjumlah RM30 bilion berikutan kenaikan harga minyak mentah.

Bercakap pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peningkatan subsidi itu telah menyebabkan kadar inflasi teras lebih rendah pada 2.3 peratus.

Menurutnya, biarpun inflasi meningkat, Malaysia sebaliknya bernasib baik kerana mempunyai sumber komoditi dan berbeza dengan negara-negara lain di rantau ini yang tidak berpeluang memperoleh hasil peningkatan harga komoditi bagi menampung impak harga bahan api tersebut.

Beliau merupakan antara panelis bagi sesi bertajuk ‘Global Risks in an Era of Turbulence.’

Menjawab pertanyaan mengenai kemampuan kerajaan Asia mengekalkan sokongan domestik bagi harga beras untuk rakyat, Tengku Zafrul berkata terdapat banyak bantuan berkaitan yang disalurkan oleh kerajaan bagi memastikan bekalannya terjamin.

Malah, pada masa sama, jumlah subsidi yang besar turut diperuntukkan dalam usaha memastikan harga beras dikekalkan berikutan kepentingannya kepada rakyat Malaysia.

Menyentuh risiko China ke atas Laut China Selatan, beliau berkata sejajar dengan kedudukan China sebagai rakan dagang terbesar negara ini, Malaysia akan terus berusaha melibatkan China berbanding sebaliknya.

“Kita juga berharap apa yang berlaku di China, terutama membabitkan sekatan pergerakan (akibat pandemik COVID-19) tidak banyak menjejaskan rantaian bekalan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata keadaan di China juga memberi impak kepada semua rakan dagangnya.

“Sekatan itu ternyata lebih serius daripada sebelum ini dan lebih lama daripada apa yang kita jangkakan biarpun terdapat kesan positif apabila sekatan itu ditamatkan.

“Jika anda merujuk kesan limpahan apabila China menarik balik sekatan itu, saya berpendapat bahawa impaknya adalah positif dan boleh diurus,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok