3 polis marin Thai cedera serangan di Tak Bai, Malaysia tingkat kawalan

May 26, 2022 · Isu semasa

Pihak berkuasa Thailand mengesahkan tiga anggota polis marinnya cedera dalam serangan kumpulan bersenjata ke atas balai polis di daerah Tak Bai, Narathiwat, malam tadi.

Kumpulan bersenjata itu dilaporkan terlebih dahulu mengebom tiang elektrik dan menabur paku di atas jalan raya bagi menghalang bantuan, sebelum menyerang pangkalan polis marin menggunakan bom dan senjata automatik.

Ledakan bom dan bunyi tembakan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand turut kedengaran sehingga ke Tumpat, Kelantan.

Serangan bermula kira-kira jam 9.35 malam dengan pihak berkuasa Thailand menganggarkan seramai enam anggota kumpulan bersenjata melontar bom dan melepaskan tembakan senjata automatik.

Serangan itu menyebabkan kebakaran besar dengan anggota polis marin Thailand membalas serangan, dalam kejadian yang berlangsung kira-kira 30 minit.

Tujuh tiang elektrik tumbang akibat letupan di Jalan Tabapoyoh-Hua Khlong di kawasan perbandaran Tak Bai. Tiang elektrik itu tumbang di atas jalan raya menyebabkan bekalan elektrik terputus selain menyekat lalu lintas.

Tiga anggota pasukan keselamatan Thailand yang cedera dikenali sebagai Sulaiman Yuso, 23, sukarelawan pertahanan Opas Saensom, 33, dan sukarelawan pertahanan Ekawat Ketduang, 41. Mereka terkena serpihan.

Serangan itu disusuli dengan satu lagi letupan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira 1.3 kilometer dari tempat kejadian lima minit kemudian.

Sementara itu, semua agensi penguat kuasa yang mengawal sempadan Malaysia telah diarah meningkatkan kawalan keselamatan susulan insiden Takbai malam tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata mereka juga diberitahu supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan serangan terbaru itu.

“Pada masa ini, sempadan kita dengan Thailand adalah selamat. Bagaimanapun, agensi penguatkuasaan kita diberitahu untuk bersiap sedia untuk sebarang perkara yang akan berlaku. Ini termasuk cubaan pergerakan haram yang datang dari negara jiran,” katanya.

Penduduk sekitar berkerumun berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Tumpat, Kelantan untuk melihat pertempuran antara kumpulan bersenjata dengan polis marin Thailand di seberang sungai di Tak Bai, malam tadi, 25 Mei 2022. – Gambar FB

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok