MB Kedah panaskan bola sepak dengan kenyataan ‘pen drive lama’

May 24, 2022 · Isu semasa

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencetuskan suasana ‘panas’ arena bola sepak tempatan dalam satu kenyataan di media sosial menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam kenyataan itu, namun ramai yang beranggapan beliau dipercayai merujuk kepada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Paling mencuri perhatian pelayar media sosial adalah mengenai pertanyaan Muhammad Sanusi di hujung kenyataan itu yang menyebut mengenai pendrive lama.

“Satu lagi nak tanya… pendrive lama tu hang pi taroh tang mana?,”

“Kami tahu apa yang terbaik untuk kami, ikut kemampuan kami. Kamu jaga pasukan kamu, kami jaga pasukan kami, kita berentap saja di padang dengan pengadil yang adil dan saksama.

“Jangan tambah masa sampai 20 minit pulak sudah laaa…

“Satu lagi nak tanya… pendrive lama tu hang pi taroh tang mana?,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji ketawa.

Untuk rekod terdapay isu pada tahun 2016 di mana ketika itu Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa ada ketirisan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beliau menyatakan segala bukti ada dalam pendrive.

Menerusi kenyataan sama, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menjawab mengenai keputusan skuad Kenari yang terpaksa melepaskan dua pemain senior mereka ke pasukan Sabah musim ini.

Penjelasan itu juga dipercayai susulan kenyataan Tunku Ismail menerusi InstaStory miliknya sebelum ini yang mempersoal sumbangan seseorang individu dalam pasukan Kedah hingga dua legenda mereka angkat kaki meninggalkan pasukan itu.

Tanpa menafikan dua pemain itu bagus dari segi permainannya, Sanusi menjelaskan gaji mereka berdua boleh digunakan untuk membayar lima pemain baru yang tidak kurang hebatnya.

“Kedah bukan pasukan super kaya yang harus tunduk sahaja kepada gaya gaji elit yang diset oleh pihak lain yang berkemampuan membeli pemain terbaik pasukan lain untuk dikurung dalam sangkar mereka.

“Setting gaji super elit itu menyebabkan banyak pasukan yang bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bolasepak.

“Boleh lihat apa yang sedang terjadi dengan pasukan seladang, yang berjiran dengan Kedah. Banyak lagi pasukan lain juga sedang bergelut dengan isu kewangan.

“Hal inilah yang meruntuhkan industri bolasepak tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya. Sumbangan besar apa kepada siapa?,” soal Sanusi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok