KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri

December 9, 2023 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu kerosakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sesi Kopi, Sukan dan Aspirasi Bersama Atlet Negara di pentas utama, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini, lapor Bernama.

“Berkaitan stadium (isu kerosakan padang), kita tunggu minggu depan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas kekecewaan ramai pihak terhadap keadaan padang rosak di stadium itu ketika aksi final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam tadi.

Malah, daripada perkongsian gambar di media sosial sebelum ini, kelihatan keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk sehingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir, meskipun usaha untuk membaikinya sudah dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Keadaan itu turut menarik perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila berkongsi gambar padang yang rosak selepas konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan, 22 Nov lepas.

Sementara itu, Hannah memaklumkan beliau gembira dengan sambutan daripada golongan muda terhadap pengisian diatur di reruai KBS pada program itu, yang merupakan satu pendekatan untuk rakyat berjumpa dengan pihak berkepentingan dan atlet.

“Saya harap apabila orang ramai datang melihat dan dengar sendiri pengisian-pengisian diatur termasuk cabaran atlet dalam sukan masing-masing maka mereka akan lebih terbuka mengikuti kita bagi program-program akan datang.

“Kebetulan, tahun depan kita ada RM20 juta untuk inisiatif Rakan Muda yang akan diperluaskan di seluruh negara meliputi 10 gaya hidup,” katanya.

Program Rakan Muda yang diberi nafas baharu pada Jun lepas kini mempunyai 1,074,934 ahli dengan 3,888 program telah dilaksanakan.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok