Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup

May 23, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan permit import (AP) gandum dibatalkan.

Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui Ahli Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang diawalkan sehari bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan, lapor Bernama.

“Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas selesai mempengerusi mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini, Ismail Sabri turut mengumumkan pemansuhan AP bahan makanan dalam langkah memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Isu jaminan bekalan makanan menjadi perhatian serius bermula selepas Indonesia dilapor melarang eksport kelapa sawit, kemudian diikuti langkah India yang melaksana larangan eksport gandum.

Terbaharu, ayam menjadi isu negara selepas dilaporkan bekalannya berkurangan dalam negara.

Perdana Menteri hari ini turut mengumumkan AP ayam dimansuhkan termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan ayam buat masa ini.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok