‘Keldai’ disenarai hitam daripada buka akaun baharu bank: PDRM

May 11, 2022 · Isu semasa

Maklumat akaun bank yang digunakan sebagai akaun keldai akan dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan semua institusi kewangan supaya pemiliknya disenarai hitam daripada membuka akaun baharu.

Maklumat berkenaan juga akan disenaraikan dalam ‘Portal Semak Mule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang boleh diakses melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata trend jenayah komersil kini menyaksikan akaun keldai semakin berleluasa digunakan oleh penjenayah untuk menerima wang hasil daripada aktiviti penipuan dalam talian dan menerusi media sosial, lapor Bernama.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 29,769 akaun bank didapati digunakan sebagai akaun keldai, manakala bagi tahun ini sehingga 10 Mei lepas, sebanyak 1,669 akaun keldai direkodkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,659 individu ditahan dan dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata siasatan polis menunjukkan individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh penjenayah sebenarnya mengetahui bahawa mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat akaun kepada mana-mana pihak.

Justeru, beliau menggesa individu atau syarikat yang tidak lagi mempunyai kawalan ke atas akaun bank mereka dan akaun itu digunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang, agar segera menutup akaun berkenaan.

“Tindakan tegas akan diambil dengan menangkap mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan sebagai akaun keldai dan seterusnya mencadangkan pertuduhan ke atas mereka kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Mohd Kamarudin turut memohon kerjasama pertubuhan bukan kerajaan di negara ini untuk membantu polis memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa mereka tidak boleh berselindung sebagai mangsa apabila membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk aktiviti jenayah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik akaun berkenaan sebagai rakan sejenayah dan pensubahat.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok