AirAsia mohon maaf penjadualan semula penerbangan

May 10, 2022 · Isu semasa

AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu, lapor Bernama.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua tetamu dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak dan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.

Riad berkata selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

Beliau berkata keutamaan AirAsia buat masa ini ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Katanya setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, tetamu boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bot bawa PATI karam guna empat enjin 200 kuasa kuda
December 16, 2021
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok