Rehat dulu sebelum mula perjalanan pulang selepas cuti raya: PM

May 7, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang selepas tamat bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata ramai perantau sudah memulakan perjalanan kerana perlu kembali ke tempat kerja pada Isnin ini, menyebabkan banyak lebuh raya utama mengalami kesesakan, yang dilaporkan sudah bermula sejak semalam, lapor Bernama.

“Saya harap semua memandu dengan berhati-hati dan tidak memaksa diri.

“Jika penat atau mengantuk, saya harap boleh berhenti dahulu untuk berehat sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk keselamatan diri dan keluarga.

“Jangan paksa diri untuk cepat sampai dan bagi saya, kita perlu mendisiplinkan diri semasa memandu,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata beliau percaya pihak berwajib seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pengendali lebuh raya mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.

Lebuh raya utama mulai sesak sejak beberapa hari sebelum raya kerana orang ramai mengambil peluang untuk pulang menyambut hari raya selepas dua tahun tidak berbuat demikian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Cuti panjang yang bermula sejak hujung minggu lepas sebelum disusuli pelepasan umum disebabkan Hari Pekerja pada Ahad lepas, diikuti pelepasan Aidilfitri menyebabkan ramai mengambil cuti untuk berada lebih lama di kampung.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok