Penghina Permaisuri Agong direman esok: Bukit Aman

April 24, 2021 · Isu semasa

Bukit Aman mengesahkan pelukis grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin @ Fahmi Reza disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, katanya polis menerima laporan terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong dalam akaun tersebut.

“Suspek telah memuat naik satu posting yang mengandungi sekeping gambar KDYMM Seri PAduka Baginda Raja Permaisuri Agong berserta kenyataan berbunyi ‘This is dengki ke? 100 dengki songs, all in one playlist’.

“Suspek turut memuat naik satu link spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar baginda yang tertera perkataan ‘this is dengki ke?’,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Berikutan itu, Huzir berkata, JSJ Bukit Aman telah menahan Fahmi di Kuala Lumpur dan akan direman esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan pereka grafik itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok