Helah peniaga jual ‘daging segar’

April 23, 2021 · Isu semasa

Melembutkan daging sejuk beku dan kemudian menjualnya sebagai daging segar adalah antara helah peniaga untuk mengaut untung lebih.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka berkata, helah itu dikesan anggota penguat kuasa yang melakukan pemantauan di Pasar Besar Melaka pada Jumaat.

Katanya, menerusi pemantauan kitu ada peniaga didapati menjual daging kerbau dengan harga RM22 berbanding harga ditetapkan RM20.

” Alasan yang diberi ialah dia sudah ‘melembutkan’ daging kerbau tersebut yang asalnya daging kerbau beku.

“Pegawai penguat kuasa telah memberi amaran, dan sekiranya berulang, tindakan kompaun atau denda akan dikenakan kepada peniaga berkenaan,” katanya selepas melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 di pasar berkenaan.

Beliau turut menasihati peniaga supaya bijak dalam memilih pemborong bagi memastikan bekalan diperoleh pada harga rendah.

“Ada penjual ayam beri alasan terpaksa naikkan harga sebab dia mendapatkan bekalan daripada pemborong atas pemborong dan juga faktor telah kenal lama pemborong.

“Penjual sepatutnya boleh mencari alternatif lain dengan mendapatkan bekalan lebih murah daripada peladang atau pemborong lain, dan mereka perlu bertimbang rasa dengan pengguna yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Berita berkaitan
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Penternak beri ayam makan ganja, daging dan telur lebih berkualiti
June 13, 2022· Dunia
China haram import daging UK susulan kes ‘lembu gila’
October 11, 2021· Dunia
Maqis rampas 25.2 tan metrik daging import tiada logo halal
May 26, 2021· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok