China haram import daging UK susulan kes ‘lembu gila’

October 11, 2021 · Dunia

Kastam China melanjutkan perintah pengharaman import daging dari United Kingdom (UK) bagi lembu berusia di bawah 30 bulan susulan penularan penyakit ‘lembu gila’ atau bovine spongiform encephalopathy (BSE) di negara itu bulan lalu.

Larangan itu berkuat kuasa mulai 29 September dan disambung terus, menurut kenyataan di akaun Wechat rasmi Pentadbiran Umum Kastam China, hari ini.

Tindakan itu diambil walaupun China masih belum mula membeli daging dari UK selepas mencapai persetujuan pada 2018 untuk menarik balik pengharaman yang dikenakan pada 1990-an susulan wabak penyakit ‘lembu gila’ di Britain sebelum ini.

Kerajaan UK ketika itu mengatakan langkah menarik balik larangan berkenaan membolehkan urusan jual beli bernilai 250 juta pound dibuat dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, China hanya mengumumkan larangan itu ditarik balik, tetapi tidak pernah mengimport daging lembu dari UK.

China juga menggantung import daging lembu dari Brazil, pembekal utamanya, pada awal September setelah negara itu melaporkan dua kes penyakit lembu gila yang jarang berlaku.

Agensi Kesihatan dan Perladangan Haiwan UK (APHA) pada September lalu sekali lagi mengesahkan kes ‘lembu gila’ di ladang di Somerset, barat daya England.

Pada bulan yang sama Amerika Syarikat (AS) juga menarik balik larangan mengimport daging lembu dari UK yang dikenakan sejak 1989 susulan penularan wabak BSE. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok