KSM minta ILO, Kedutaan AS maklumkan siasatan buruh paksa

April 21, 2022 · Isu semasa

Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini meminta supaya Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia memaklumkannya sekiranya terdapat sebarang siasatan berkenaan buruh paksa bagi mengalakkan sekatan eksport terhadap produk tempatan.

Ini, menurut menterinya Datuk Seri M. Saravanan, bertujuan bagi bagi mencari jalan penyelesaian sebelum produk Malaysia disekat memasuki negara berkenaan.

Saravanan berkata, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS telah menghalang beberapa produk tempatan memasuki negara tersebut atas alasan faktor buruh paksa.

Namun, menurut Saravanan, KSM sehingga kini tidak menerima sebarang siasatan daripada pihak AS.

“Ini menjadikan kita sukar mengambil tindakan terhadap majikan.

“Kami telah menjalankan siasatan mengikut 11 indikator buruh paksa sedia ada yang digariskan ILO tetapi tidak dapat mengesan kesalahan, maka (kita) jumpa pihak ILO dan Kedutaan AS supaya sebarang siasatan oleh pihak AS harus dimaklumkan kepada kita, kerana jika tidak kita tidak akan nampak penyelesaian,” Saravanan dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Saravanan berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2022 Zon Tengah.

Dalam majlis sama, Saravanan turut melancarkan buku Perkembangan dan Isu-Isu Semasa Kesatuan Sekerja Di Malaysia.

Mengulas mengenai buku baharu itu, Saravanan berkata ia akan menjadi sumber rujukan kepada majikan, pengamal sumber manusia dan aktivis kesatuan sekerja, serta rujukan akademik di institusi pengajian tinggi.

Buku tersebut merupakan hasil kerjasama antara kesatuan sekerja dan ahli akademik dengan menggunakan peruntukan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2021.

Saravanan turut menambah bahawa kerajaan telah menambah peruntukan GPKS pada tahun ini kepada RM2.6 juta bagi membantu lebih banyak kesatuan sekerja menjalankan aktiviti.

Katanya lagi, sejumlah 315 permohonan telahpun diluluskan di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu
October 11, 2023· Isu semasa
Lebihan dagangan meningkat 21.4 peratus pada Mei 2023: MITI
June 20, 2023· Isu semasa
Azalina diminta dedah siasatan pegawai menteri, jangan diam
May 15, 2023· Isu semasa
Jika tak boleh guna ketum, mengapa tidak dieksport? Soal Khairy
April 18, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok