Laporan penuh siasatan dakwaan Tommy Thomas dijangka siap Jun

April 18, 2022 · Isu semasa

Laporan penuh pasukan petugas khas siasatan berhubung dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’, dijangka siap Jun ini.

Pasukan itu dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.

Ia dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Selain itu, bekas hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, peguam, Datuk Shaharudin Ali dan K Balaguru serta wakil Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) serta Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan terbabit akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

“PPK sudah menyediakan satu laporan interim yang dikemukakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan hari ini yang kemudian bersetuju dengan laporan itu.

“Laporan akhir yang akan disediakan oleh pasukan petugas khas siasatan dan akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

“Pasukan berkenaan dijangka menyiapkan laporan penuh menjelang penghujung Jun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pasukan petugas khas itu telah mengadakan 10 mesyuarat membabitkan sesi perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai pihak berkaitan, termasuk Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar.

Perbincangan juga katanya diadakan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi kerajaan berkaitan serta individu yang dikenal pasti mulai 23 Disember 2021 hingga 12 April lalu.

“Pasukan ini menjalankan pemerhatian dan analisis secara menyeluruh terhadap buku terbabit berpandukan kepada terma rujukan yang diluluskan oleh Kabinet,” katanya.

Berita berkaitan
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Hakim tarik diri dengar rayuan kes Najib saman Tommy Thomas
October 4, 2023· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspectiveā€¯
September 25, 2023· Isu semasa
Keputusan rayuan Najib singkir peguam Tommy 11 Ogos
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok