Keputusan rayuan Najib singkir peguam Tommy 11 Ogos

July 11, 2023 · Isu semasa

Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkan dua peguam daripada firma guaman Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas peguam negara itu akan diputuskan 11 Ogos ini, lapor Utusan.

Rayuan tersebut berkaitan dengan kes saman Najib terhadap Tommy Thomas yang didakwa mendakwa bekas Presiden UMNO itu secara salah.

Tarikh itu ditetapkan oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak terlibat turut bersidang ialah Datuk Azimah Omar dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada prosiding hari ini, Najib diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Tommy diwakili peguam Alan Adrian Gomes.

Terdahulu, Firoz Hussein menghujahkan berdasarkan Peraturan 5 Kaedah Profesion Undang-Undang (Praktis dan Etika) 1978, mana-mana peguam tidak sepatutnya mengambil kes yang menyebabkan mereka sukar untuk bersikap bebas dan profesional.

“(Sifat) tidak berat sebelah (seseorang peguam) adalah penting untuk menjaga integriti sistem keadilan,” katanya.

Firma Tommy diasaskan oleh Tommy yang kemudiannya menjadi juruperunding firma berkenaan selepas dilantik menjadi Peguam Negara bermula Jun 2018 sehingga Februari 2020.

Tambah Firoz Hussein, Tommy selaku juruperunding firma mempunyai kepentingan kewangan dalam prosiding saman tersebut kerana beliau perlu membayar ganti rugi sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

Sementara itu, Gomez menghujahkan isu yang perlu ditentukan sama ada rakan kongsi firma guaman itu yang mempunyai kepentingan kewangan dalam kes saman tersebut.

Selain itu, Gomez menyatakan tidak konflik kepentingan yang menghalang mereka daripada mewakili Tommy kerana tiada mana-mana rakan kongsi firma tersebut terlibat dengan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambahnya, sepanjang prosiding kes saman itu di Mahkamah Tinggi, hakim yang mendengar kes itu tidak pernah mempertikaikan tahap profesionalisme peguam-peguam yang mewakili Tommy.

Najib, 69 merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua peguam tersebut daripada mewakili Tommy dalam kes saman itu.

Najib mendakwa pelantikan Gomez dan Lai Wei Shiung bagi mewakili Tommy adalah tidak sesuai kerana mereka adalah dari firma yang sama.

Menurut pernyataan tuntutan dalam samannya, Najib mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Tommy dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Najib menuntut satu pengisytiharan bahawa Tommy sudah melakukan misfeasans (salah laku dalam jawatan awam) serta menuntut kerugian berjumlah lebih RM1.9 juta yang meliputi kos perundangan yang ditanggungnya dalam menangani pendakwaan terhadapnya.

Pada 25 November 2022, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Tommy untuk membatalkan saman yang difailkan Najib dan bekas perdana menteri itu kemudiannya memfailkan notis rayuan pada 22 Disember lalu.

Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Oktober ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan samannya terhadap Tommy.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok