RM1,500 gaji amah Indonesia?

April 2, 2022 · Isu semasa

Pembantu rumah Indonesia dikatakan bakal dibayar RM1,500 sebulan atau kira-kira 4.09 juta rupiah, menyamai kadar gaji minimum semasa negara, berdasarkan syarat pengambilan pekerja asing yang diperketatkan.

Ianya dikatakan dipersetujui menerusi lima inisiatif yang ditandatangani menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).

Perjanjian itu ditandatangani Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta, semalam (1 April 2022).

Lima inisiatif itu ialah:

  • Majikan perlu membuat caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso);
  • Jaminan bayaran gaji melalui e-Wages;
  • Pembayaran gaji tidak boleh lewat daripada hari ketujuh pada setiap bulan;
  • Cuti sehari dalam seminggu; dan
  • Membina aplikasi e-aduan.

Malah, dipercayai gaji permulaan pekerja PDI ditetapkan sebanyak RM1,500 yang dimohon oleh Indonesia, iaitu bersamaan dengan kadar gaji minimum semasa negara, memetik laporan Utusan hari ini.

Ismail Sabri pada sidang medis selepas itu berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menjaga kebajikan pekerja dari sudut perlindungan sosial, selain mampu merintis kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia untuk sektor yang dibenarkan di Malaysia.

Difahamkan, setakat ini hanya 92,481 pembantu rumah asing berada di Malaysia tahun lalu, dengan 64,181 daripadanya adalah pengambilan PDI, berbanding 129,168 pembantu rumah yang dicatatkan pada 2019 dan 127,169 orang pada 2018.

“MoU ini akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI akan dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

“Dalam hal ini, saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia telah dipersetujui hanya menggunakan sistem saluran tunggal (One Channel System) seperti yang terkandung dalam MoU, penting untuk saringan kepada hanya majikan yang layak menggajikan PDI,” kata Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuklah memberi perlindungan kepada pekerja migran daripada Indonesia.

Malaysia dan Indonesia telah memeterai ​MoU PDI sejak 2006 dan diperbaharui pada 2011, namun ia telah tamat tempoh pada 2016.

Berita berkaitan
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok