Polis tolak unsur culik, murid perempuan tersalah naik bas

March 31, 2022 · Isu semasa

Siasatan awal polis berhubung kehilangan Sofia Raniya yang ditemukan semula dalam keadan selamat malam tadi, mendapati kanak-kanak berusia lapan tahun itu tersalah menaiki bas ketika pulang dari sekolah petang semalam.

Berikutan itu, polis menolak kemungkinan terdapat unsur culik berhubung kes itu dan sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan culik melibatkan kanak-kanak berkenaan, lapor Bernama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata berdasarkan keterangan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, kanak-kanak itu dikatakan mengikut kawan-kawannya menaiki bas.

“Kanak-kanak itu ditemukan di sebuah pondok pengawal keselamatan sebuah kondominium di Cheras,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Azmi berkata polis memandang serius akan perkara itu dan berharap terdapat inisiatif pihak terlibat untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, antaranya meletakkan tanda khas di van sekolah bagi memastikan murid tidak keliru.

“Mungkin ada kekeliruan berlaku khususnya anak-anak yang baru pertama kali naik bas. Jadi mungkin disebabkan kekhilafan ini, perkara seperti semalam berlaku ke atas kanak-kanak itu,” katanya.

Semalam, tular di media sosial mengenai kehilangan Sofia Raniya yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, selepas ibunya tidak menemukan kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya.

Kanak-kanak itu ditemukan selamat malam tadi di Bandar Tun Razak di Cheras dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok