PAC panggil Tengku Zafrul, Khairy jelaskan isu MySejahtera

March 30, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke prosiding untuk memberi penjelasan berhubung isu lesen MySejahtera.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh hari ini dan bakal mengumumkan tarikh prosiding tersebut dalam masa terdekat.

“Tarikh dan masa prosiding akan ditetapkan dan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, PAC juga akan menggunakan punca kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 83(2) serta Perkara 11(b) Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1982 dalam mengendalikan prosiding ini.

Baru-baru ini, PAC mempersoalkan pengambilalihan MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft, atau kini dikenali sebagai Entomo Malaysia.

Kabinet dilaporkan sudah memberikan “lampu hijau” kepada Kementerian Kesihatan pada November, untuk melantik MySJ mengambil alih aplikasi itu menerusi runding terus.

Sebelum ini, Khairy menegaskan aplikasi itu adalah kepunyaan kerajaan dengan kementeriannya dilantik sebagai “pemilik asal” MySejahtera bagi pengurusan kesihatan awam negara.

Wong berkata, PAC berpandangan isu berhubung pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera perlu dijelaskan secara telus di hadapan jawatankuasa itu sebagai sebuah jawatankuasa nonpartisan atas kepentingan rakyat dan negara.

“Khasnya mengenai pelantikan sebuah syarikat swasta sebagai pengendali aplikasi MySejahtera secara rundingan terus serta kos yang terlibat.

“Tambahan pula ia membabikan isu berhubung keselamatan data peribadi rakyat sekali gus mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mengambil kesempatan atas maklumat peribadi rakyat,” kata Wong lagi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok