Malaysia terima bantuan keselamatan hampir RM1 bilion daripada AS

March 28, 2022 · Isu semasa

Amerika Syarikat (AS) meluluskan kira-kira AS$230 juta iaitu hampir RM1 bilion bantuan keselamatan untuk Malaysia sejak 2018, antara lain menerusi program latihan dan pertukaran berkaitan ketenteraan.

Jeneral Memerintah Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC) Charles A Flynn berkata bantuan itu juga termasuk penyediaan peralatan serta pendidikan.

“AS berbangga dapat bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam bidang pembangunan utama dan menantikan perbincangan Malaysia-AS pada tahun ini yang menjanjikan perkembangan hubungan dua hala yang lebih lanjut,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan US Partnership Pavilion sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Turut hadir Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D Mcfeeters.

Flynn berkata perkongsian antara AS dan Malaysia diasaskan berdasarkan prinsip keselamatan dan kesejahteraan serta hubungan pelbagai hala dan perkongsian beban di seluruh Asia Tenggara.

“Tentera Malaysia menunjukkan prinsip-prinsip ini dalam komitmen mereka ketika menyertai latihan dua hala seperti Keris Strike dan Bersama Warriors walaupun berdepan cabaran COVID-19,” katanya.

Selain itu, beliau berkata akhir tahun ini, dua perajurit Malaysia akan menjalani latihan dalam operasi hutan di Lightning Academy di Hawaii sebagai sebahagian daripada program latihan pertukaran.

Sementara itu, mengulas mengenai DSA dan Natsec 2022, Mcfeeters mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana menganjurkan acara tersebut.

“Malaysia sangat penting bagi Amerika Syarikat, ekonomi ketiga terbesar di ASEAN dan rakan dagang AS kedua terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Sebanyak 12 syarikat AS mempamerkan produk mereka di pavilion AS bermula hari ini hingga Khamis.

Pavilion AS adalah antara 20 pavilion yang diwakili 20 negara yang mengambil bahagian dalam acara pertahanan antarabangsa.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok