DAP dakwa MP UMNO enggan undi SOSMA dibawa menteri Bersatu: Laporan

March 28, 2022 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen (MP) DAP mendakwa tindakan MP UMNO tidak hadir untuk mengundi usul melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat baru-baru ini kerana enggan menyokong undang-undang berkenaan.

MP Bukit Bendera Wong Hon Wai dipetik sebagai berkata MP UMNO yang enggan hadir menyokong usul SOSMA itu adalah pemimpin tertinggi parti yang berpengaruh dan mengambil jalan selamat dengan ponteng ketika proses undian.

MP UMNO terbabit enggan mengundi kerana usul berkenaan dibawa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Bersatu.

Wong mendakwa beliau sempat berbual dengan MP UMNO itu di Parlimen sambil meminta penjelasan sebab tidak hadir ketika sesi pengundian.

Tanpa berdolak dalih, pemimpin itu memberitahu beliau enggan bersetuju dengan usul tersebut, dan satu-satunya pendekatan diambil daripada mengelakkan undi memihak kepada kerajaan adalah dengan ‘tidak hadir’ ke dalam Dewan, lapor Utusan hari ini.

“Ya, memang ada ahli Parlimen kerajaan tidak menyokong usul ini. Saya sendiri bersembang dengan beliau di koridor Parlimen dan memberitahu saya, dia tidak menyokong usul kerajaan itu,” katanya.

Wong berkata, keputusan tidak hadir juga bukanlah dibuat pada saat akhir kerana MP kerajaan sudah mendapat makluman dua jam lebih awal berkenaan undi belah bahagian yang akan dilakukan.

“Sebenarnya, wakil-wakil rakyat kerajaan tahu ada undi belah bahagian. Tidak mungkinlah seorang Ahli Parlimen sahaja tahu dan yang lain tidak tahu.

“Jadi, mereka Ahli Parlimen kerajaan bergegas pulang selepas mengetahui undi belah bahagian akan diadakan. Mereka memang tahu kami pembangkang membantah usul tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin pula berkata, beliau sendiri mendengar pengakuan jujur daripada pemimpin UMNO berkenaan.

Katanya, ia berlaku pada waktu petang selepas sahaja Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) 2022 bacaan kali ketiga melibatkan pengecualian pendaftaran pemilih secara automatik kepada kerabat diraja.

“Saya tidak mahu sebut siapa pemimpin ini, tetapi pastinya dia adalah pemimpin UMNO. Saya juga sendiri tanya kenapa tidak hadir, alasannya kerana tidak mahu sokong usul kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok