Suntikan dos penggalak kepada populasi dewasa hampir 50 peratus

January 28, 2022 · Isu semasa

Seramai 199,251 dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif populasi dewasa yang diberikan suntikan penggalak di negara ini kepada 11,531,403 atau 49.3 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 22,921,716 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,199,172 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, menurut laporan Bernama.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,785,992 individu atau 88.5 peratus telah menamatkan vaksinasi mereka, manakala 2,866,545 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian itu juga menunjukkan bahawa sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,100,577.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 10 kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan tiga kes, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes, manakala Johor, Perak dan Sarawak masing-masing satu kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok