Rayuan Najib ditolak berhubung dakwaan kongsi maklumat bank dengan Jho Low

January 27, 2022 · Isu semasa

Permohonan ryauan Datuk Seri Najib Razak terhadap AmBank Holdings Berhad dan dua lagi berhubung dakwaan berkongsi maklumat akaunnya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim menolak tuntutan yang dikemukakan bekas Perdana Menteri itu terhadap bekas pengurus perhubungan bank, Joanna Yu dan AmBank.

“Tiada merit dalam rayuan dan kami membuangnya dengan kos,” kata Yaacob dipetik portal FMT.

Mahkamah juga memerintahkan Najib membayar kos RM40,000 kepada bank terbabit dan RM35,000 lagi kepada Yu, yang dinamakan sebagai responden dalam rayuan berkenaan.

Turut bersidang sama adalah Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Pada 9 Dis 2019, Najib memfailkan writ saman terhadap bekas pengurus perhubungannya Yu dan bank itu, berhubung dakwaan menerima arahan dan mendedahkan maklumat akaunnya kepada Jho Low.

Najib dalam usaha merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2020, yang membenarkan permohonan Yu dan bank itu untuk membatalkan samannya terhadap mereka.

Najib mahu mahkamah mendengar semula samannya terhadap AMMB Holdings Berhad, AmBank Islamic dan bekas pengurus perhubungan pelanggannya, Yu.

Yu, aadalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib melibatkan tujuh pertuduhan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Khadijah Idris pada September 2020 lalu memutuskan tuntutan Najib itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia merupakan “serangan” ke atas kes jenayah SRC yang dihadapi Najib.

Ini kerana dalam saman itu, mahkamah dikehendaki membuat keputusan berdasarkan pengetahuan Najib tentang wang yang dibayar ke akaunnya yang merupakan isu yang sama di hadapan mahkamah jenayah dalam kes SRC.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok