Keputusan rayuan Najib dalam kes saman terhadap AMMB diputuskan Khamis

January 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tuntutan mahkamahnya terhadap AMMB Holdings Berhad dan dua lagi berhubung dakwaan salah urus akaun banknya kembali didengar mahkamah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam-peguam yang mewakili bekas perdana menteri itu dan responden, menurut laporan Bernama.

“Kami memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan hujahan. Oleh itu kami akan menangguhkan keputusan kami sehingga Khamis ini, 27 Jan,” kata Yaacob yang mengetuai panel hakim yang bersidang secara dalam talian.

Rayuan Najib yang didengar pada 2 Dis lepas, bersambung semula hari ini dengan hujahan oleh peguam Yoong Sin Min dan Benjamin John Dawson yang mewakili AMMB Holdings dan AmBank Islamic Bhd manakala hujah balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh yang mewakii Najib.

Najib mahu mahkamah mendengar semula samannya terhadap AMMB Holdings Berhad, AmBank Islamic dan bekas pengurus perhubungan pelanggannya Joanna Yu Ging Ping.

Yu, aadalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC yang dihadapi Najib melibatkan tujuh pertuduhan.

Saman itu dibatalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Khadijah Idris pada September 2020.

Beliau memutuskan bahawa tuntutan mahkamah itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia merupakan “serangan” ke atas kes jenayah SRC International yang dihadapi Najib kerana dalam saman itu, mahkamah dikehendaki membuat keputusan berdasarkan pengetahuan Najib tentang wang yang dibayar ke akaunnya yang merupakan isu yang sama di hadapan mahkamah jenayah dalam kes SRC International.

Yoong berhujah bahawa Najib sepatutnya tidak dibenarkan membicarakan isu yang sama berkaitan pengetahuannya mengenai transaksi akaunnya dalam saman sivilnya yang telah diputuskan oleh hakim perbicaraan dalam kes jenayah SRC International.

Beliau berkata Najib memfailkan saman itu hanya selepas beliau disoal balas oleh pihak pendakwaan dalam prosiding jenayah SRC International dan setelah pihak pendakwaan berhujah bahawa Najib tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap bank berkenaan akaunnya.

Pembelaan Najib terhadap pertuduhan SRC International adalah urus niaga berhubung dengan akaunnya dilakukan tanpa pengetahuannya dan oleh orang yang tidak dibenarkan

Yoong berkata sebelum 2016, isu berkaitan urusan dan transaksi dalam akaun Najib telah pun timbul apabila beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi beliau tidak pernah mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang aduan terhadap responden (bank dan Yu).

Sementara itu, Harvinderjit Singh berhujah bahawa Mahkamah Tinggi perlu mendengar saman itu dan memberi peluang kepada Najib mendapat keadilan.

“Kes di hadapan mahkamah ini adalah satu kecuaian. Ia bukan kes untuk kita menentukan sama ada Najib tidak bersalah atau tidak,” katanya sambil menambah bahawa isu yang akan ditentukan dalam perbicaraan ialah sama ada berlaku atau tidak pelanggaran kewajipan jagaan oleh bank.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes jenayah SRC International. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu pada 8 Dis tahun lepas.

Rayuan terhadap keputusan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Dalam samannya terhadap AmBank, AMMB Holdings dan Yu, Najib mendakwa AmBank dan Yu melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya dengan mendedahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Najib mendakwa AmBank, AMMB Holdings dan Yu, telah mendedahkan penyata bank, transaksi debit dan pengiriman wang, dan baki dana antara akaunnya kepada Low sebagai pihak ketiga, tanpa kebenaran.

Mahkamah mendengar hujah daripada peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Yu pada 2 Dis.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok