PM jelaskan punca kelewatan bantuan banjir, minta maaf

January 23, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan kelewatan bantuan banjir khususnya yang melibatkan pembelian barangan elektik berjumlah RM500 dan bantuan RM2,500 untuk menggantikan barangan rosak, adalah disebabkan proses pengesahan bagi melayakkan mereka menerima bantuan berkenaan.

Walaupun berlaku sedikit kelewatan terutamanya yang melibatkan mangsa tidak berpindah, Ismail Sabri berkata beliau telah mengarahkan semua pihak menyegerakan proses pemberian bantuan itu supaya ia tidak lewat, sebagaimana pengalaman banjir sebelum ini, yang menyaksikan ada sesetengah bantuan mengambil masa sehingga enam bulan untuk sampai kepada penerima.

“Ada yang lewat kerana mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada ‘tok ampat’(ketua kampung) atau pihak terlibat, memandangkan ada yang terkesan banjir namun rumah mereka berada di tingkat lima atau 10, menyebabkan barangan elektrik tidak rosak atau mungkin rumah dinaiki air sehingga paras buku lali sahaja.

“Kalau boleh, saya nak beri semua bantuan ini, tapi ini melibatkan wang kerajaan yang ada audit dan sebagainya, menyebabkan ada butiran yang diperlukan,” katanya lapor Bernama.

Ismail Sabri menghadiri Program Santunan Kasih Mangsa Banjir di perkarangan Masjid Kampung Guai.

Pada program itu, Ismail Sabri menyampaikan bantuan keperluan rumah sumbangan Pejabat Parlimen Bera dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KBLB) kepada 80 wakil mangsa banjir dari Kampung Guai, Kampung Charuk Puting dan Kampung Batu Bor, semuanya dalam Daerah Bera.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata kerajaan komited membantu mangsa banjir secepat mungkin bagi meringankan beban kewangan mereka, termasuk berusaha menyegerakan pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa dan penduduk Daerah Bera yang pantas bertindak sejak awal bencana banjir bermula, membolehkan tiada kejadian lebih buruk berlaku, selain penyelarasan bantuan berjalan lancar.

“Kita sudah sokmo-sokmo (selalu) dilanda banjir menyebabkan kita semua sedia. Pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dikenal pasti sejak awal dan pengurusan bencana sudah sedia dari bulan November. Ketua kampung juga terlatih dan mereka yang tinggal di tepi sungai sudah sedia dengan bot.

“Saya mohon maaf kerana banjir kali ini saya tidak dapat ke sini. Setiap tahun bila banjir, saya pasti sampai dengan menaiki bot, tapi banjir besar kali ini berlaku di banyak negeri dan saya perlu ke sana,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok