Awas taktik sindiket guna laman sesawang Maybank2u palsu

April 15, 2021 · Isu semasa

Polis mengesan taktik sindiket yang menggunakan laman sesawang palsu bagi memanipulasi pemilik akaun Maybank2u yang menyerupai platform sebenar perbankan dalam talian itu.

Sehingga kini polis telah menerima empat laporan berkaitan kes penipuan seperti itu yang membabitkan kerugian berjumlah RM22,300, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa menerima e-mel kononnya dihantar pihak Maybank menyatakan akaun bank mereka mempunyai masalah keselamatan dan mangsa diminta menekan pautan yang disertakan bersama e-mel berkenaan.

“Bila pautan itu ditekan, laman sesawang palsu yang kelihatan seperti laman sesawang Maybank2u akan dipaparkan dan mangsa tidak menyedari yang itu adalah laman sesawang palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan selepas melakukan kemas kini butiran peribadi, kata laluan dan nombor telefon sepertiyang diminta melalui laman sesawang palsu itu.

“Kes terbaharu yang berlaku menyaksikan mangsa menerima pautan laman sesawang palsu itu daripada satu iklan cabutan bertuah Maybank yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook.

“Kita minta orang ramai berhati-hati dengan memastikan alamat URL yang dipaparkan bagi laman sesawang Maybank2u yang dibuka benar-benar sama dengan alamat laman sesawang Maybank2u,” katanya.

Sehubungan itu, Zainuddin meminta orang ramai berhubung dan mendapatkan pengesahan pihak bank sekiranya menerima e-mel yang meminta mereka mengemas kini maklumat peribadi melalu laman sesawang bank Maybank2u.

Orang ramai juga boleh berhubung dengan ‘Scam Response Center’ JSJK di talian 03-26101559 atau 03-26101599 sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkaitan sesuatu urusan yang disyaki ada kaitan dengan penipuan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok