Jika Zahid PM pengeluaran one-off RM10,000 KWSP pasti diluluskan

January 13, 2022 · Isu semasa

Pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diluluskan sekiranya UMNO menjadi teras kerajaan, bukannya kerajaan campuran seperti yang ada sekarang.

Itu yang dibayangkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menafikan parti itu mempolitikkan isu pengeluaran berkenaan demi mendapat pujian dan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya UMNO dilempar dengan pelbagai tohmahan disebabkan permintaan parti itu supaya rakyat yang memerlukan wang dibenar membuat pengeluaran daripada akaun simpanan KWSP mereka.

“UMNO sebagai parti politik milik rakyat telah menyampaikan kehendak rakyat, namun ianya keputusan sebuah kerajaan campuran bersetuju atau menidakkan.

“Namun yang pasti keadaan adalah lebih mudah jika UMNO masih menjadi teras kerajaan, justeru jadikan segala yang disaksikan sebagai pedoman masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri 33 bulan sebelum kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO tumbang pada 2018 lalu, turut membidas kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, walaupun tidak disebutkan nama, berkaitan tuduhan menjadi penghasut.

“Permintaan itu (pengeluaran KWSP) dituduh oleh seorang menteri kanan sebagai menghasut, manakala pemimpin pembangkang menuduh UMNO mahu menghancurkan KWSP,” kata Zahid.

Terdahulu, pada 31 Disember lalu, Tengku Zafrul menyelar pihak tertentu yang sibuk menghasut rakyat berkaitan pengeluaran simpanan KWSP.

Beliau tidak menyebut penghasut terbabit, namun Agenda Daily percaya ianya ditujukan kepada pemimpin UMNO, terutama Ketua Pergerakan Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, yang memperjuangkan pengeluaran one-off RM10,000 menerusi skim i-Citra, kononnya atas kehendak rakyat.

Asyraf Wajdi sebelum ini lantang bersuara mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran one-off itu, malah ada kenyataannya yang turut menyindir bantuan dan kemudahan pinjaman diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO. Berita berkaitan

Malah, Tengku Zafrul menyindir pihak terbabit yang menghasut rakyat tidak terlibat pun dalam membuat perkiraan dan keputusan pengeluaran i-Citra, sebaliknya mengeksploitasinya untuk dijadikan modal menyerang kerajaan dan KWSP.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan. Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” kata Tengku Zafrul. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Zahid menafikan bahawa UMNO membuat permintaan itu disebabkan politik, sebaliknya berdasarkan permohonan dan keperluan semasa rakyat.

“Sila baca komen rakyat Malaysia di media sosial berhubung perkara itu. Apakah UMNO menyuarakan permintaan rakyat dikatakan sebagai politik?

“Kewajaran permintaan itu juga sudah banyak kali diperjelaskan, malah Ketua Pemuda UMNO paling lantang menerangkannya.

“Maka tidak benar UMNO dituduh mahu mengambil kesempatan sedangkan jika permintaan itu dipenuhi, menteri bertanggungjawab juga mengaut pujian.

“Jika dibahas tentang mainan politik dalam perkara ini, menteri berkaitan juga boleh dikaitkan dengan motif politik seperti yang banyak pihak andaikan,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok