Polis akan siasat jika ada laporan terhadap Azam Baki: Hamzah

January 7, 2022 · Isu semasa

Siasatan akan dijalankan mengikut proses undang-undang jika terdapat laporan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata sudah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Sekurti (SC) sedang menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung isu kontroversi sejumlah pemegangan saham miliknya dan mengesahkan pihak polis juga sudah menerima laporan berhubung isu melibatkan pegawai tertinggi agensi tersebut.

“Kita (KDN) baru dapat laporan dan jika kesalahan dilakukan mengikut Akta Sekuriti Malaysia, mereka akan siasat.

“Kita juga terima laporan polis dibuat. Kalau ada kesalahan lain polis akan mulakan siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.

Hamzah ditemui media selepas mengadakan lawatan dan penyerahan dokumen diri kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, hari ini.

Azam dikaitkan dengan sejumlah pemegangan saham dan juga mengaku membenarkan adiknya, Nasir, menggunakan akaun bagi membeli saham syarikat senaraian awam beberapa tahun lalu.

Menurut Azam, tiada sebarang kesalahan dengan tindakan tersebut dan menjanjikan kerjasama penuh dalam siasatan dibuat SC.

Sejak pengakuan itu dibuat beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen sudah membuat aduan kepada polis bagi mendesak Azam disiasat.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok