RM500 rebat beli alatan elektrik kepada mangsa banjir: Takiyuddin

January 7, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM500 e-rebat akan diberikan kepada mangsa bencana banjir terjejas baru-baru ini bagi membeli 15 jenis produk elektrik.

Bantuan itu disalurkan menerusi Program Bantuan Mangsa Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang kebanyakkannya rosak barang-barang elektrik.

“Buat permulaan sejumlah 1,100 pekedai sudah berdaftar untuk program khas ini, namun kita akan tambah bilangan untuk memudahkan mangsa.

“Program itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Disember lalu bagi penduduk terjejas menggantikan peralatan elektrik rumah yang rosak,” katanya semasa sidang media hari ini.

Jelasnya, bantuak tersebut merupakan inisiatif kerajaan dan tanda keprihatinan kepada semua mangsa banjir yang berdepan bencana terburuk dalam sejarah itu baru-baru ini.

“Bantuan khas ini antara inisiatif kerajaan termasuk pemberian tunai mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah selain pelbagai inisiatif lain untuk meringankan beban ditanggung.

“Pelaksanaannya itu menggunakan Program Kemampanan Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA),” katanya lagi.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, pemberian itu hanya bagi warganegara yang berdaftar sebagai pemilik akaun bil elektrik domestik dengan syarikat utiliti tenaga dan mereka perlu disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau Jawatankuasa Bencana Negeri.

Jelas beliau, senarai jenis produk tersebut boleh ditambah pada masa akan datang, namun setakat ini, ia hanya meliputi peti sejuk, mesin basuh, periuk nasi dan ketuhar elektrik selain televisyen, pengisar, kipas, lampu, seterika, cerek elektrik, penyedut hampagas, dapur elektrik, penyejuk beku, ketuhar gelombang mikro dan penghawa dingin.

Barangan itu katanya, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga tetapi perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik dan pengguna digalakkan membeli yang berlabel sedemikian dan mereka yang berminat boleh menebus secara rebat elektronik sama ada beli terus di kedai elektrik atau pasar raya berdaftar selain portal e-dagang iaitu Shopee, Lazada atau PG Mall.

“Untuk bantu pekedai agar lancar aliran pusingan modal tunai, kita ada persefahaman dengan Kementerian Kewangan bagi selesai isu penebusan dalam masa tujuh hari.

“Penyewa kediaman terjejas banjir turut boleh memohon dengan kebenaran pemilik dan bagi yang tercicir dalam senarai mangsa, mereka perlu memohon supaya dikemas kini data,” katanya.

Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut program rebat khas ini termasuk senarai premis kedai terlibat boleh merujuk pautan laman sesawang http://www.seda.gov.my/bantuan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok