Mahkamah tangguh perbicaraan kes lucut hak Azeez Rahim

January 3, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan melibatkan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kes saman lucut hak yang dijadualkan bersambung hari ini ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sepatutnya meneruskan prosiding hari ini, bagaimanapun pihak peguam Azeez menghantar surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) berkenaan saman sivil tersebut.

Untuk rekod, langkah menghantar surat represtasi tersebut bermakna sebelah pihak meminta jalan lain bagi menyelesaikan perkara itu, antaranya cadangan agar tindakan sivil ditarik balik.

Mahkamah pada awalnya dijadual mendengar saman sivil terhadap isteri Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Azman, Mohamed Khairul Anwar, Khaleeda Azeera and Khaleeda Azwa dan sebuah syarikat bernama Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Mahkamah hari ini membenarkan permohonan penangguhan yang dibuat peguam, setelah dimaklumkan berkenaan surat itu.

Ketika perbicaraan di depan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, peguam keluarga, Prem Ramachandran memaklumkan surat itu dihantar pada 16 November lalu.

“Surat representasi dihantar (kepada AGC) susulan perkembangan terbaru kes.

“Mereka telah sediakan laporan dan (surat) dihantar untuk pertimbangan pada 16 November tahun lalu,” katanya.

Katanya, oleh kerana surat sudah dihantar, perbicaraan yang dijadual hari ini perlu dikosongkan sementara menunggu keputusan AGC berhubung representasi tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim kemudian mengesahkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan telah menerima surat itu dan telah dibawa ke perhatian ketua pendakwaan untuk arahan lanjut.

Katanya lagi, susulan surat itu, pegawai penyiasat (IO) perlu mengadakan siasatan lanjut.

Beliau kemudian mencadangkan tarikh sebutan kes bagi memberi kemas kini berkenaan keputusan AGC terhadap representasi.

Jamil kemudian membenarkan perbicaraan ditangguhkan dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes.

Pada masa sama, Azeez turut menjalani perbicaraan jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Ahli Parlimen Baling itu dihadapkan dengan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM140 juta.

Namun perbicaraan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Azeez di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pertuduhan rasuah.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok