Aksi gila tiga kanak-kanak naik kereta, pemandu wanita ditahan

December 29, 2021 · Isu semasa

Susulan tular video tiga kanak-kanak duduk di atas tingkap kereta yang bergerak, seorang wanita ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan penahanan pemandu kereta Perodua Alza untuk tindakan lanjut susulan tular video menunjukkan tiga kanak-kanak yang mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak.

Menurutnya polis membuka kertas siasatan kes itu selepas menerima laporan pada jam 5.58 petang semalam, berhubung video tular memaparkan kejadian dimuat naik pengguna Facebook dikenali ‘dashcam owners Malaysia’.

“Kita menahan pemandu Perodua Alza berusia 34 tahun mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

“Tingkah laku kanak-kanak berkenaan adalah tindakan amat berbahaya.

“Ia boleh mendatangkan kemalangan serta membahayakan nyawa, keselamatan diri dan orang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid menasihatkan golongan dewasa supaya sentiasa mengawal dan memantau keselamatan kanak-kanak bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-515 6933 atau balai polis berdekatan.

Difahamkan, wanita terbabit juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, kemalangan atau kehilangan nyawa

Jika disabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok