UMNO mahu jadi dominan, punca enggan terima Bersatu dalam MN: Marzuki

December 7, 2021 · Isu semasa

Keengganan UMNO menerima kemasukan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) disebabkan parti itu terlalu mahu menjadi parti dominan dan mahu berkuasa mutlat seperti sebelum ini, kata mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (KSUS), Datuk Dr. Marzuki Mohamad.

Marzuki menyifatkan UMNO masih tidak dapat menerima era sesebuah parti menjadi dominan sudah tidak relevan dalam senario politik semasa, malah parti itu masih menebal dengan mentaliti mahu menjadi dominan dalam pentadbiran kerajaan.

“UMNO ternyata amat kekok dengan hakikat ini. Mentaliti parti dominan masih menebal dalam UMNO.

“Parti itu tidak cocok sekadar menjadi rakan dalam kerajaan gabungan. Ia mesti jadi boss dengan kuasa yang dominan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Marzuki, jadi ia tidak menghairankan apabila UMNO berkeras enggan menerima kemasukkan Bersatu dalam MN walaupun PAS sangat mengalu-alukan penyertaan Bersatu dalam permuafakatan tersebut demi mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan Islam amnya.

“Kerana itu idea Muafakat Nasional yang menggabungkan UMNO, PAS dan Bersatu menemui jalan buntu.

“Walaupun PAS beria-ia mahu supaya Bersatu menjadi sebahagian daripada MN, UMNO bermati-matian menentang,” katanya lagi.

Langkah UMNO tidak mahu menerima Bersatu dalam MN jelas memperlihatkan sikap parti itu yang mahu mendominasi MN tanpa penglibatan parti lain, katanya lagi.

“Mungkin UMNO merasakan PAS dan BERSATU boleh membentuk satu blok politik yang ampuh dalam MN dan dengan itu menghalang dominasi UMNO dalam MN.

“Boleh jadi kerana itu idea gabungan tiga parti Melayu-Islam dalam MN ditolak oleh UMNO,” terangnya lagi.

Menurut Marzuki, ketamakan dan keangkuhan UMNO yang terlalu obses untuk menjadi dominan menyebabkan mereka sanggup mengambil tindakan tidak masuk akal apabila menjatuhkan kerajaan yang diterajui mereka sendiri sebagai rakan gabungan.

“Bahkan Presiden UMNO dan Penasihat BN menjadi de facto opposition leader (Ketua Pembangkang). Suara Ketua Pembangkang tenggelam dalam riuk pikuk suara Presiden UMNO dan Penasihat BN yang mendakwa PN (Perikatan Nasional) sebagai kerajaan gagal.

“Keadaan ini berlarutan sehinggalah 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri dan jatuhlah kerajaan PN. Apabila Perdana Menteri daripada UMNO dilantik, maka tiba-tiba hilang mantra kerajaan gagal,” katanya lagi.

Namun, Marzuki berkata UMNO tidak pernah puas dengan kuasa dimiliki sekarang walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipilih adalah seorang Naib Presiden parti itu, sebaliknya mereka mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diangkat sebagai pemimpin nombor satu walaupun terpalit dengan kes mahkamah berhubung kes rasuahnya.

“Tetapi kecanggungan politik UMNO masih belum berakhir. Perdana Menteri yang dilantik bukan Presiden UMNO. UMNO sebagai bekas parti dominan tidak biasa dengan keadaan ini.

“Pemusatan kuasa mesti berlaku pada Presiden UMNO, bukan Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden, bukan orang lain. Dalam sistem parti dominan yang diamalkan oleh UMNO sebelum ini, Presiden UMNO bukan the first among the equals but the first who broke no equals,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
July 1, 2022
Banjir: Sesi pembelajaran 31 sekolah di Johor esok ditangguh
January 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok