DUN Johor kemuka cadangan syarat calon pilihan raya kepada 18 tahun

November 28, 2021 · Isu semasa

Satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diadakan segera bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, berkaitan menurunkan umur calon bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada pilihan raya akan datang.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri diminta mengambil tindakan berhubung pelaksanaan umur minimum calon 18 tahun, bagi kerusi DUN selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603].

“Amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan, dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun, dilaksanakan.

“Untuk tujuan itu, satu Sidang Khas DUN Johor akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi DUN selaras dengan Pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,” katanya lapor Bernama.

Hasni berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2022 pada hari terakhir Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 hari ini.

Beliau berkata justeru itu, sekiranya terdapat sesuatu pilihan raya melibatkan kerusi Dewan Rakyat, maka calon yang telah mencapai umur kelayakan 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, Hasni (BN-Benut) berkata sekiranya sesuatu pilihan raya itu melibatkan kerusi DUN, maka calon yang berumur 18 tahun masih belum boleh bertanding, sehingga pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda dan dikuatkuasakan.

“Jika Kerajaan Persekutuan meminda peruntukan-peruntukan perlu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pindaan tersebut dipatuhi,” katanya.

Pada 24 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing, bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) ke-137 pada 23 Nov.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok