Ketua jururawat meninggal dunia kerana Covid-19, bukan vaksin

October 29, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNSelangor) menjelaskan kematian seorang ketua jururawat pada 14 Ogos lalu bukan disebabkan kesan sampingan vaksin Covid-19.

Pengarah JKNSelangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kematian ketua jururawat itu adalah disebabkan jangkitan Covid-19 selain beliau juga menghidap barah.

Merujuk kepada video tular di media sosial pada 22 Oktober 2021 berkenaan insiden seorang ketua jururawat di Selangor yang meninggal dunia akibat daripada suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata ketua jururawat itu telah ditawar vaksin pada 17 Februari 2021 tetapi menolak kerana risau kesan sampingan.

“Ketua jururawat tersebut merupakan seorang pesakit barah yang masih dalam tempoh cuti sakit barah selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya pesakit mendaftar dalam MySejahtera serta telah memberi kebenaran secara sukarela dalam borang kebenaran mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Beliau telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 jenama Cominarty keluaran Pfizer-BioNTech pada 23 Julai 2021, dan mengalami gejala demam 12 hari selepas suntikan, tetapi tidak mendapatkan rawatan.

Dr Sha’ari berkata, pesakit mengalami kesukaran bernafas di rumah dan dibawa oleh ambulans ke hospital pada 7 Ogos 2021 iaitu 16 hari selepas suntikan.

“Di hospital, beliau dirawat sebagai pesakit suspek Covid-19 kategori 5. Keputusan ujian RTK Antigen didapati positif, sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Namun, keadaan pesakit semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos 2021. Saringan kontak rapat terdapat dua ahli keluarga turut disahkan positif Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok