Sebarang bentuk perhimpunan semasa PRN dilarang hingga 27 Nov: KKM

October 24, 2021 · Isu semasa

Parti politik tidak dibenarkan mengadakan sebarang bentuk perhimpunan sepanjang Pilihan Raya Negeri (Melaka) berkuat kuasa esok sehingga 27 November depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata Kementerian Kesihatan melarang sebarang aktiviti berhimpun, ia termasuk majlis seperti pelancaran jentera pilihan raya.

Katanya, larangan itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak.

Selain itu, katanya, larangan berkenaan selari dengan senarai aktiviti tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara prosedur operasi standard (SOP) Fasa Keempat yang terkini.

“Larangan ini berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U.(A) 293/2021) yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebarang tindakan yang melanggar larangan tersebut atau terdapat pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta 342.

“Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Oktober lalu, memutuskan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dengan kempen selama 12 hari bermula selepas perisytiharan calon pada 8 November sehingga jam 11.59 malam 19 November.

Untuk rekod, PRN Sabah yang diadakan tahun lalu mengakibatkan penularan Covid-19 secara besar-besaran seluruh negara dan langkah terbaharu ini diambil bagi mengelak insiden sama berulang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok