Tak berniat susahkan antivaksin, mereka susahkan diri sendiri: KJ

October 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin.

“Dimaksudkan di sini bukan kita… kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin, tidak ingin mendengar hujah saintifik dan akhirnya tidak akan mendapat kebebasan yang sama seperti rakyat dan penduduk yang telah menerima vaksin.

“Kita akan teruskan pendekatan ini dan saya telah galakkan supaya ada sekatan di peringkat sektor maksudnya sektor perkhidmatan awam, swasta dan sebagainya sebelum kita memikirkan langkah yang lebih menyeluruh seperti mewajibkan dari segi undang-undang untuk menerima vaksin,” katanya di Dewan Negara lapor Bernama.

Justeru, Khairy berharap dengan adanya sekatan kebebasan itu, ia adalah cara lebih berhemah daripada kerajaan meletakkan undang-undang memaksa kumpulan terbabit mengambil vaksin.

“Saya ingin melaporkan bahawa lebih 95 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia telah sekurang-kurangya mendapat dos pertama (vaksin), maksudnya jumlah yang enggan menerima vaksin ini sangat kecil, namun demikian kita akan terus pujuk mereka untuk mendapat vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Senator Datuk Razali Idris yang mahu tahu cara berhemah digunakan kerajaan berdepan kumpulan antivaksin.

Sementara itu, berhubung cadangan supaya kad khusus vaksinasi diwujudkan bagi komuniti Orang Asli, Khairy berkata tiada keperluan untuk perkara itu kerana kad vaksin sedia ada boleh menjadi bukti sama seperti sijil vaksinasi digital untuk mereka masuk ke mana-mana premis.

“Semua penerima vaksin akan menerima kad vaksin mengikut jenis vaksin yang diterima semasa proses pemberian vaksin. Kad vaksin ini diberikan kepada semua penerima vaksin termasuk masyarakat Orang Asli serta kepada orang yang tidak memiliki akses kepada peranti digital atau Internet.

“Kad ini menyimpan maklumat yang sama seperti yang terdapat dalam sijil digital aplikasi MySejahtera. Maklumat yang didapati dalam kad vaksin adalah nama, identiti penerima vaksin, tarikh vaksinasi dos satu dan dua, nama vaksin, nombor kelompok dan tarikh luput vaksin,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok