Sarung tangan keluaran Malaysia disekat lagi Kastam AS

October 21, 2021 · Isu semasa

Sarung tangan pakai buang yang dihasilkan oleh anak syarikat milik penuh Supermax Corporation Bhd, Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd, Maxwell Glove Manufacturing Bhd dan Supermax Glove Manufacturing akan ditahan daripada memasuki semua pelabuhan masuk Amerika Syarikat (AS), berkuat kuasa hari ini.

Menurut laporan Bernama, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS telah mengeluarkan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) terhadap Supermax Corporation Bhd dan anak syarikatnya yang didakwa berdasarkan maklumat bahawa secara munasabah menunjukkan penggunaan buruh paksa dalam operasi pembuatan mereka.

CBP telah mengenal pasti 10 daripada petunjuk Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai buruh paksa dalam siasatannya.

“Dengan WRO ini, Pentadbiran Biden-Harris terus menegaskan bahawa produk yang dibuat secara keseluruhan atau sebahagian oleh buruh paksa tidak akan dibenarkan masuk ke AS,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Alejandro N. Mayorkas dalam kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).

“DHS akan terus menetapkan standard antarabangsa untuk pemansuhan amalan buruh paksa. Kami akan mengeluarkannya daripada rantaian bekalan AS,” katanya.

Penolong Pesuruhjaya Eksekutif di Pejabat Perdagangan CBP AnnMarie R. Highsmith berkata dengan 10 daripada 11 petunjuk buruh paksa yang dikenal pasti semasa siasatan CBP, ia mempunyai bukti yang mencukupi untuk menyimpulkan bahawa Supermax Corporation Bhd dan anak syarikatnya didakwa menghasilkan sarung tangan yang melanggar undang-undang perdagangan AS.

“Sehingga Supermax dan anak syarikatnya dapat membuktikan proses pembuatannya bebas daripada buruh paksa, barangan mereka tidak dibenarkan di sini,” katanya.

Undang-undang persekutuan 19 U.S.C 1307 melarang pengimportan barang dagangan yang dihasilkan, sepenuhnya atau sebahagian oleh buruh paksa termasuk buruh paksa kanak-kanak dan buruh terikat.

CBP menahan penghantaran barangan yang disyaki diimport melanggar undang-undang ini.

Pengimport penghantaran yang ditahan berpeluang mengeksport penghantaran mereka atau menunjukkan barang dagangan itu tidak dihasilkan oleh buruh paksa.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok