Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar

September 20, 2023 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) hari ini dan esok untuk memutuskan tentang kadar faedah.

Nilai ringgit menyusut menghampiri RM4.70 berbanding dolar, semalam mata wang tempatan itu ditutup 4.6940/6980 berbanding dolar AS dan lebih jauh rendah daripada paras penutup 4.6870/6915 pada Isnin.

Pagi ini, nilai ringgit dibuka rendah 4.6925/6970 berbanding dolar, lapper Bernama.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan sedikit ringgit sememangnya dijangka kerana mata wang tempatan berada dalam kedudukan terlebih jual dari sudut teknikal.

“Tetapi sama ada peningkatan sedikit itu boleh dikekalkan masih belum dapat dilihat berikutan kebimbangan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) untuk memutuskan kadar faedah AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1766/1799 daripada 3.1776/1806 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 5.0139/0187 daripada 5.0160/0203 sebelum ini, tetapi rendah sedikit berbanding pound British pada 5.8135/81891 semalam daripada 5.8135/81891 daripada 5.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4385/4420 daripada 3.4436/4468 pada penutup semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0037/0208 daripada 13.0563/0718 sebelumnya.

Ia juga lebih baik sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 305.0/305.5 daripada 305.1/305.6 pada Selasa dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.27/8.28 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar
23 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok