Pasport Najib juga dikembalikan, sama seperti isteri

October 18, 2021 · Isu semasa

Pasport Datuk Seri Najib Razak dikembalikan juga sama seperti isterinya minggu lepas, ia selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonannya untuk menemani anaknya bersalin di Singapura.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga Hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said pagi ini yang sebulat suara membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu agar pasportnya dipulangkan dari 20 Oktober hingga 22 Nov.

Kamaludin dalam keputusannya hari ini berkata, penjelasan daripada pihak pembelaan agar pasport itu dipulangkan adalah munasabah.

“Dalam hal ini, pihak pendakwa raya tidak keberatan, dan kami dapati penjelasan bagi permohonan itu munasabah, oleh ini permohonan dibenarkan,” kata Kamaludin.

Anggota panel hakim lain yang bersidang hari ini ialah Datuk P Ravinthran dan Datuk Abu Bakar Jais.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi tujuan sama.

Sebelum ini Rosmah menyerahkan pasportnya kepada Mahkamah Tinggi sebagai syarat jaminan sementara menunggu perbicaraan kes rasuah membabitkan projek tenaga solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Najib membuat permohonan tersebut pada 15 Oktober lalu di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Singapura bagi bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa yang akan bersalin di negara itu.

Untuk rekod, Najib sebelum ini sudah dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok