Covid-19: Pulau Pinang catat 26 kematian semalam

October 12, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 93 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan keseluruhannya sejak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu, meningkat kepada 27,422 kes kematian.

Daripada jumlah kes terbaharu itu, Pulau Pinang merekodkan kematian tertinggi dengan 26 kes menjadikan keseluruhannya pesakit yang meninggal dunia di negeri itu sehingga semalam mencecah 1,487 kes.

Sarawak pula merekodkan 14 kematian semalam, diikuti Johor (lapan); Kuala Lumpur (tujuh); Sabah (enam); masing-masing lima di Kedah, Kelantan, dan Pahang; masing-masing empat di Melaka, Perak, dan Selangor; masing-masing dua Negeri Sembilan dan Perlis, dan satu di Terengganu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kemas kini laman sesawang COVIDNOW hari ini juga memaklumkan sehingga semalam sebanyak 112,379 kes Covid-19 masih aktif, dengan 88,645 pesakit penjalani kuarantin di rumah; 15,356 (PKRC); 7,622 (hospital); dan 756 pesakit lagi dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 397 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada kes aktif keseluruhan, empat negeri merekodkan jumlah melebihi 10 pesakit aktif dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20,788 kes dengan 16,500 menjalani kuarantin di rumah; 3,269 di PKRC; 911 (hospital); dan 108 di ICU.

Selangor pula merekodkan 15,317 kes aktif dengan 12,413 menjalani kuarantin di rumah; 1,607 di PKRC; 1,176 (hospital) dan 121 di ICU.

Johor pula mencatatkan sebanyak 14,093 kes aktif dengan 11,524 menjalani kuarantin di rumah; 1,511 di PKRC; 1,000 (hospital); dan 58 (ICU), manakala Sabah merekodkan 10,300 pesakit aktif, di mana 7,914 menjalani kuarantin; 1,403 dirawat di PKRC; 873 di hospital dan 110 dimasukkan ke ICU.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok