Azeez Rahim akan dapat perbicaraan adil, kata pihak pendakwaan

October 6, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tidak cacat.

Selain itu, pihak pendakwaan juga memaklumkan bahawa tidak wujud ketidakadilan perbicaraan terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji itu kerana pihak pendakwaan akan memastikan dia memperoleh mendapat perbicaraan yang adil.

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad berhujah pihak pendakwaan akan memanggil saksi dan akan membuktikan kes itu berdasarkan keterangan dan saksi pendakwaan juga akan tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh peguam Abdul Azeez.

Memetik Bernama, beliau berkata tidak wujud ketidakadilan atau prejudis terhadap Abdul Azeez di mana-mana peringkat kerana dia tidak dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang adil.

“Pendakwa raya akan pastikan satu perbicaraan yang adil akan dijalankan terhadap perayu,” katanya.

Aslinda berhujah dalam rayuan yang dikemukakan oleh Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya pada 12 Mac lalu untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Aslinda berkata tidak perlu dinyatakan dalam kertas pertuduhan apakah aktiviti haram yang dihadapi Azeez berhubung pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau berkata pertuduhan pengubahan wang haram itu boleh bertahan sambil menambah pihak pendakwaan melalui keterangan saksi akan menjelaskan apakah aktiviti yang menyalahi undang-undang itu.

Mengenai pertuduhan rasuah terhadap Abdul Azeez, Aslinda berkata dia menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang tunai untuk empat projek.

Sementara itu, Abdul Azeez yang diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dalam jawapannya berkata anak guamnya adalah mangsa pendakwaan politik dan keseluruhan perbicaraan tidak boleh dibenarkan untuk diteruskan kerana ia adalah tidak adil baginya.

Beliau berkata perincian pertuduhan tidak dipenuhi iaitu kekurangan butiran dan menambah bahawa mahkamah tidak boleh membenarkan pertuduhan itu bertahan.

Bagi pertuduhan rasuah, Abdul Azeez, 55, didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan Affin Bank, Puchong City Centre, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Di akhir pendengaran rayuan itu, Amer Hamzah berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya yang memohon kebenaran mahkamah secara peribadi untuk bercakap.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata berdasarkan pertuduhan itu, Azeez adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, jadi tidak perlu memberi penjelasan sambil menambah adalah lebih baik untuk tidak bersuara pada ketika ini.

Selepas pihak pembelaan dan pendakwaan selesai berhujah, Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, menangguhkan keputusan ke tarikh yang ditetapkan kemudian.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok