Cubaan seludup 12kg dadah guna ikan sejuk beku dipatahkan

October 6, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan menyeludup lebih 12 kilogram (kg) dadah ke luar negara bernilai lebih RM500,000 dengan menggunakan 23 kotak polistirena mengandungi ikan sejuk beku antaranya ikan merah dan kerapu di sini, 29 Sept lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata dadah dipercayai Methamphetamine 9.21kg bernilai RM331,956, dan Ketamine 3.19 kg dengan nilai RM169,070 itu dirampas di Cawangan Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Lebih kurang pukul 5 petang, Cawangan Kargo Udara, LTAKK telah menerima makluman bahawa terdapat bungkusan plastik yang mencurigakan dan disyaki mengandungi bahan terlarang dadah di dalam kotak polistirena ikan sejuk beku untuk tujuan eksport ke luar negara.

“Kes dirujuk kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati 23 bungkusan plastik lutsinar yang dijumpai di dalam 23 kotak polystyrene mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah,” katanya lapor Bernama.

Abdullah berkata ini merupakan kes kedua tahun ini dengan modus operandi sama iaitu menggunakan kotak polistirena mengandungi ikan sejuk beku eksport luar negara bagi mengaburi pihak berkuasa, dengan kes pertama ialah cubaan menyeludup 8.66kg dadah bernilai RM404,375 pada 29 Ogos lepas.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan beliau menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kes itu atau sebarang kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok