Saksi nafi mesej WhatsApp ‘coklat’ untuk perangkap Guan Eng

September 24, 2021 · Isu semasa

Seorang saksi memberitahu mesej WhatsApp di antara kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G. Gnanaraja tidak menujukkan bahawa mereka mahu memerangkap Lim Guan Eng.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, Pegawai Penyiasat Bahagian Forensik Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, 33, berkata hasil analisa ke atas mesej di telefon bimbit milik Gnanaraja, juga tidak mendapati sebarang unsur permusuhan di antara mereka (Gnanaraja dan Zarul Ahmad) dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Menurut laporan Bernama, saksi menjawab semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan itu membaca mesej WhatsApp bertarikh 18 Ogos 2017, iaitu Zarul Ahmad telah menghantar satu mesej kepada Gnanaraja, mengatakan “Super sir, I’ll bring your chocolate. Eastin?” dan Gnanaraja menjawab: “Ok Dato”.

Wan Shaharuddin: Dalam mesej berkenaan adakah mereka berdua (Zarul Ahmad dan Gnanaraja) menyatakan mereka nak memberi duit kepada Guan Eng? Wan Mohd Firdaus menjawab, “Tiada”.

Wan Shaharuddin: Hanya ada perkataan ‘coklat’ sahaja?

Wan Mohd Firdaus: Ya, betul.

Mahkamah juga mendengar kronologi pertemuan Guan Eng, Zarul Ahmad dan Gnanaraja di kediaman Gnanaraja, pada 2 pagi, 29 Ogos 2017 sebelum beliau meminta Zarul Ahmad mengambil beberapa gambarnya bersama Guan Eng.

Semasa disoal balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, saksi itu berkata berdasarkan komunikasi di antara Gnanaraja dan Zarul Ahmad juga menunjukkan mereka berdua kawan baik.

Gobind: Kamu tahu, Gnanaraja pernah dituduh di mahkamah berkaitan kes penipuan Zarul Ahmad? Wan Mohd Firdaus menjawab “Saya tak pasti”.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Dalam pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 1 Nov ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok