Malaysia, Singapura bincang isu iktiraf sijil vaksinasi Covid-19

September 24, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia dan Singapura kini dalam usaha untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 masing-masing bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan antara penduduk kedua-dua negara, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, beliau baru-baru ini telah berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membincangkan perkara itu, dan pada dasarnya kerajaan Singapura bersetuju.

Katanya buat masa ini Singapura agak berhati-hati untuk membuka sempadan antarabangsanya kerana kes Covid-19 dan proses vaksinasi kedua-dua negara masih belum selesai.

“Rakyat Malaysia mahu ke Singapura dan (rakyat) mereka juga mahu ke sini. Ini kerana hubungan kedua-dua negara ini begitu rapat apabila ada sahaja urusan termasuk perniagaan yang berlaku setiap hari.

“Dan apabila ia (sempadan) tidak dapat dibuka, ia menjadi masalah besar,” katanya hari ini.

Sehingga kini aktiviti rentas sempadan kedua-dua negara yang dibenarkan hanyalah yang membabitkan lori dan treler yang dibenarkan, setelah mendapat suntikan vaksin di Singapura.

Muhyiddin berkata sekiranya perkara itu dapat diperhalusi dan mendapat persetujuan Singapura, ia akan turut membuka peluang perbincangan melibatkan sempadan di negara lain termasuk Thailand.

“Sekarang ini dalam mana-mana peringkat mesyuarat kita akan berbincang waktu sempadan negara kita, bila ia boleh dibuka, sama ada kepada pelancong luar mahu pun rakyat kita sendiri.

“Kita juga akan meneliti daripada data dan sains serta pandangan daripada pakar-pakar termasuk di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, serta soal keselamatan sempadan di bawah Kementerian Dalam Negeri,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada isu rentas sempadan antara perkara-perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat MPN minggu hadapan.

Selain isu rentas sempadan beliau berkata isu pengangguran, termasuk dalam kalangan siswazah di negara ini turut menjadi antara intipati utama dalam mesyuarat MPN Isnin ini.

Muhyiddin berkata selain isu kekurangan pekerjaan, MPN juga akan membincangkan isu pengurangan gaji yang dialami pekerja di negara ini.

“Isu siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan bukan masa pandemik sahaja, sebelum ni pun sudah wujud. Mungkin sekarang ini makin menekan dan apa yang kita sedang buat semasa saya dulu, kita lakukan inisiatif pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara.

“Saya jangka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meneruskan usaha ini untuk menjana seberapa banyak peluang pekerjaan yang mana dulu sasaran kita 500,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok