Penyembur nano dengan pelarut beralkohol mampu bunuh virus

September 21, 2021 · Isu semasa

Penggunaan pelarut mengandungi alkohol antara 70 hingga 90 peratus menerusi spray gun boleh membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan namun ia tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan penggunaan spray gun yang semakin banyak digunakan tidak menjadi isu namun perlu digunakan secara berhati-hati kerana sesetengah larutan disinfeksi berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

“Selain larutan yang mengandungi alkohol, beberapa larutan seperti hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia serta larutan berasaskan klorin turut berkesan membunuh virus berkenaan.

“Namun Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist spray (alat penyembur nano) tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Noor Hisham juga berkata garis panduan berhubung pendaftaran disinfektan sudah dikeluarkan dan boleh didaftarkan oleh pengeluar.

“Untuk makluman, pada masa ini pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/R,” katanya lagi.

Alat penyembur nano adalah satu alatan semburan yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano dan ia dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuklah kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti ‘spray gun’, ‘handheld spray’ sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak kementerian mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan alat penyembur nano sebagai alat disinfeksi.

“Alat penyembur ini mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan Covid-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan.

“Bagaimanapun, keberkesanan penggunaan alat penyembur nano ini untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat berkenaan untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok