Langkawi atau balik kampung?

September 19, 2021 · Isu semasa

Minggu ini media sosial dipenuhi perkongsian gambar dan video suasana kemeriahan di Pulau Langkawi yang mula menerima kehadiran pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik.

Dalam kemeriahan orang ramai bercuti di Langkawi, ada juga yang menyuarakan keinginan mereka balik ke kampung untuk berjumpa ibu bapa.

Mereka  berharap projek perintis itu dapat menjadi penanda aras berhubung penyusunan Prosedur Operasi Standard (SOP)  khas buat anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Minta dijauhkan segala macam gelombang. Harap boleh balik kampung jumpa ibu bapa. Saya nak balik Sarawak,” tulis Kamalriah.

“Lepas ini kalau perjalanan rentas negeri sudah buka ikut SOP yang betul dengan risiko anda sendiri. Pastikan bersedia dengan kit ujian sebelum balik kampung bertemu keluarga,” kata Shazwani Saad.

“Orang kaya rindu melancong, orang biasa rindu nak balik kampung. Menteri lepas ini tolong buat SOP balik kampung jumpa ayah bonda yang sudah uzur pula. Harap lepas ini ada gelembung balik kampung. Promosikan,” komen Zek Master.

Dalam pada itu, Presiden Persa­tuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar sebelum ini ada mengulas mengenai kelonggaran rentas negeri.

Beliau berkata, kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu melebihi 60 peratus populasi dewasa.

Bagaimanapun katanya, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang telah melengkapkan suntikan vaksinasi.

“Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua boleh, tapi pastikan mereka (orang tua) kita juga sudah lengkap divaksinasi.

“Ini kerana risiko untuk seseorang menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi, jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin,” ujarnya.

Walaupun begitu, Zainal Ariffin mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul.

Larangan itu katanya, bagi mengelakkan tercetusnya kluster-kluster baharu dalam komuniti dan juga masyarakat sekitar.

Justeru, apa pun pilihan anda, yang penting kita perlu sentiasa mengamalkan SOP dan arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa, jangan sampai kita dikurung sekali lagi.

Ingat! Vaksin bukan bermakna anda kebal daripada dijangkiti Covid-19.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok