Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’

July 31, 2023 · Politik

Kritikan dibuat Fahmi Fadzil terhadap bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan melabel “Maha Tua” menerima kecaman pengguna media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial membidas Menteri Komunikasi dan Digital yang pernah membuat ugutan kepada pengguna TikTok berdepan tindakan pihak polis itu sebagai biadab dan tidak menghormati negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pada Jumaat, ketua penerangan PKR itu menggunakan istilah “Maha Tua” untuk merujuk kepada pemimpin berusia 98 tahun itu, menyindir prestasi bekas perdana menteri tersebut dalam pilihan raya umum tahun lepas apabila beliau tewas di Langkawi, Kedah.

“Dia boleh bagi bayangan, firasat dia, dia baca PN boleh menang 5-1. Hai Maha Tua, kamu kalah dekat Langkawi, hilang deposit!” katanya dipetik pada ucapan dalam satu ceramah di Taman Medan, Petaling Jaya.

Video ucapan penuh Fahmi itu kemudiannya dimuat naik oleh portal berita pro Pakatan Harapan (PH) Malaysiakini di platform YouTube, menurut laporan MalaysiaNow.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahathir meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan menang mudah 5-1 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Rata-rata pengguna maya yang menonton video itu meluahkan kekecewaan terhadap menteri berkenaan dengan melabelkan beliau sebagai “terlalu mentah” dalam politik tetapi sudah “celupar” atau kurang ajar.

Mereka juga mengingatkan Fahmi supaya tidak berlagak sehingga sanggup mempersendakan Mahathir yang sudah dianggap sebagai ikon pemimpin yang disegani di mata dunia.

“Kamu baru setahun jagung, Tun Mahathir itu banyak jasa kepada negara.

“Walaupun kamu ahli Parlimen berpuluh tahun belum tentu dapat majukan Malaysia seperti Tun M, tulis mohdfairuz9876.

Mohd Saif pula mempersoalkan pengisian ucapan Fahmi sepanjang 40 minit itu sebagai kosong dan tiada idea-idea baru yang dikemukakan untuk kempen PRN.

Sementara itu, segelintir yang lain membayangkan masa depan Fahmi dalam perjalanan politik tidak mampu bertahan lama disebabkan sikapnya yang secara terbuka tidak menghormati orang yang lebih tua dan berpengalaman luas.

“Dia akan berterusan mengharapkan PMX sahaja untuk terus bersuara,” tulis TaibAhmad4218.

“Berhati-hati menegur orang tua. Jangan hina orang berjasa kepada negara,” tulis studio0733.

Pada 26 Jun lalu, dalam siaran langsung TikTok Live yang dihoskan oleh Fahmi berakhir dengan beliau mengancam penonton untuk mengambil tindakan polis kerana menyiarkan komen mengkritik beliau dan kerajaan semasa.

Fahmi berada dua jam dalam siaran itu apabila beliau nampaknya berdepan banyak komen yang menyindirnya dan mempersoalkan banyak dasar kerajaan.

“Kamu semua yang menyertai sesi live saya dan membuat kenyataan seperti ini, kamu sedang dipantau oleh pihak berkuasa.

“Jangan marah saya jika ada panggilan atau kereta polis di depan rumah anda. Kami sedang memantau, jaga kelakuan anda,” katanya.

Berita berkaitan
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok