Tak benar vaksin mahal kerana amalan kroni, kata Penasihat Khas KJ

September 17, 2021 · Isu semasa

Dakwaan seorang pakar kesihatan kanak-kanak harga vaksin Covid-19 dibeli negara mahal kerana amalan kroni disangkal Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Dimishtra Steven Sittampalam.

Penasihat Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia tidak berasas sama sekali memandangkan Malaysia tidak menggunakan khidmat orang tengah untuk membeli vaksin tersebut malahan urusan perolehan vaksin dibuat secara terus dengan syarikat farmaseutikal yang menghasilkan vaksin berkenaan.

“Ketika Malaysia berunding dengan Moderna, ia dibuat secara terus dengan Moderna Inc, sama seperti dilakukan dengan Pfizer.

“Harga (vaksin Moderna) yang diberikan kepada kita jauh lebih mahal berbanding Pfizer, yang memiliki profil mRNA sama.

“Setakat ini, kita sudah membeli 44 juta dos vaksin Pfizer,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Terdahulu, seorang pakar pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin dalam ciapan di Twitter yang mendakwa harga vaksin Moderna adalah mampu milik, namun menjadi mahal kerana wujud kroni dalam transaksi rantaian bekalan vaksin COVID-19 itu.

Mengulas lanjut, Dimishtra berkata, harga am vaksin Covid-19 boleh diperoleh secara dalam talian dan semua pihak maklum harga vaksin Moderna adalah paling mahal.

“Semua kontrak (pembelian vaksin Covid-19 Malaysia) sudah didedahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang merangkumi Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Mereka (Ahli PAC) berpuas hati dengan kontrak berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ahli PAC, Nurul Izzah Anwar, turut menjawab dakwaan Dr Musa dengan menegaskan, jawatankuasa itu berpuas hati dengan proses perolehan vaksin Covid-19.

“Terdapat merit terhadap pemilihan portfolio vaksin. Anda boleh membacanya dalam laporan PAC akan datang, Insya-Allah. Kami perlu mengambil kira faktor syarikat farmaseutikal gergasi yang gemar mengenakan NDA (perjanjian kerahsiaan),” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok