M’sia-Brunei ambil langkah bersama cegah dan kawal Covid-19

April 5, 2021 · Isu semasa

Putrajaya dan Bandar Seri Begawan bersetuju untuk mengambil langkah bersama ke arah pencegahan dan mengawal Covid-19 disamping meneruskan kerjasama rapat antara kedua-dua negara berjiran dalam pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kedua-dua pemimpin sepakat memastikan akses kepada bekalan vaksin bagi kedua-dua negara serta pengiktirafan bersama timbal balas sijil vaksinasi antara Malaysia dan Brunei bertujuan memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Persetujuan tersebut dicapai dalam kenyataan bersama di akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal yang juga merupakan Perdana Menteri Brunei, bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), dengan langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 yang berkesan, untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga menekankan mengenai pentingnya untuk mencergaskan kembali dan melindungi kestabilan sosioekonomi kedua-dua negara dan masyarakat.

Mengenai hubungan dua hala, kedua-dua pemimpin itu juga mengulangi komitmen mereka untuk memelihara hubungan istimewa ini dengan memperluas dan memperkukuh kolaborasi dalam pelbagai bidang yang saling menguntungkan.

Kedua-dua pemimpin itu menzahirkan penghargaan berhubung kerjasama antara kedua-dua kerajaan terutama dalam mengatur penghantaran balik warganegara masing-masing yang terkandas di kedua-dua negara serta negara lain semasa pandemik tersebut.

“Ini membuktikan hubungan erat dan berkekalan antara kedua-dua negara dan rakyat mereka,” kata kedua-dua pemimpin itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pemimpin itu juga berhasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi termasuk dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan serta hubungan, perdagangan dan pelancongan.

Isu mengenai hubungan pertahanan yang erat serta belia dan sukan selain meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam sektor pengangkutan juga disentuh dalam rundingan tersebut.

“Kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk melaksanakan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi termasuk multimedia dan keselamatan siber,” menurut kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pemimpin itu menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Info-Media-Komunikasi.

Mengenai MoU antara kedua-dua kerajaan berkaitan kerjasama dalam pengurusan bencana yang ditandatangani pada akhir rundingan, kedua-dua pemimpin itu menyatakan usaha itu akan memperkukuhkan hubungan dalam bidang tersebut.

Ini terutamanya melalui latihan, latihan bersama, operasi dan pertukaran kepakaran dan maklumat yang berkaitan dengan pencegahan bencana dan pengurangan risiko.

Perjanjian Penyatuan antara Petronas dengan Sekretariat Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) yang ditandatangani pada Isnin juga, akan memberikan momentum positif kepada kerjasama minyak dan gas antara kedua-dua negara.

Hari ini merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini sempena rundingan tahunan itu.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok