Peranti digital bakal diperluaskan kepada pengembara luar negara

September 1, 2021 · Isu semasa

Peranti digital bakal diperkenal penggunaannya kepada individu yang pulang dari luar negara dikuarantin di kediaman masing-masing untuk tujuan pemantauan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata berpuas hati dengan projek rintis yang sedang dijalankan ketika ini dan akan diperluaskan penggunaannya, untuk rekod seramai 404 individu yang pulang dari luar negara dipakaikan peranti digital berkenaan.

“Sebaik kita melepasi projek rintis ini dan berpuas hati, kita akan menggunakan pemakaian peranti digital ini kepada yang lain,” katanya semasa sidang media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan projek rintis membabitkan pemakaian gelang pengawasan pengesan digital bagi individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah termasuk bagi pengembara yang baharu pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, dilaporkan berkata projek rintis itu dilaksanakan bawah Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley melalui penyumberluaran dengan perolehan sebanyak 30,000 unit peranti akan dilaksanakan.

Hingga kini projek rintis ini membabitkan 1,000 unit peranti yang digunakan terhadap pengembara dari luar negara yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah.

Pada masa sama, Khairy berkata, ketika ini hanya 4,159 individu yang pulang dari luar negara yang dibenarkan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Beliau berkata, kebenaran berkenaan dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko, sejarah vaksinasi dan ujian pengesanan COVID-19, negara asal penerbangan serta keadaan rumah yang akan dijadikan lokasi kuarantin.

“Kita sedia maklum mengenai pendapat bahawa mereka yang kembali ke Malaysia dapat menjalani kuarantin di rumah (ia) adalah tidak betul.

“Kita tidak berikan kebenaran kuarantin di rumah kepada semua orang,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok